Showing posts with label malay. Show all posts
Showing posts with label malay. Show all posts

KALAU TIPU KENA LEMPANG!!!

Posted by Lieza Sakura | 10:50 PM

Mizan merupakan seorang saintis yang sangat terkenal kerana berjaya mencipta sebuah robot yang mampu mengesan sebarang bentuk "pembohongan". Oleh kerana kejayaannya itu, di telah dianugerahkan dengan gelaran Professor Mizan. Robot ciptaannya itu sangat "terer" dalam mengesan pembohongan dan robot tersebut turut memiliki kelengkapan khas di mana apabila ia mengesan pembohongan dilakukan, secara automatik ia akan menampar si pembohong itu.

Kemudian, Leman dengan bangganya membawa pulang robot tersebut ke rumah dan meletakkannya di ruang tamu sambil menunggu anaknya Akram pulang.

Mizan : Kamu dari mana?
Akram : Dari kelas tambahan ayah

*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

Mizan : Nak,ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
Akram : Maaf ayah… saya baru habis menonton movie di rumah kawan…
Mizan : Cerita apa?
Akram : Cerita Papadom ayah

*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya sekali lagi.

Mizan : Katakan dengan jujur cerita apa?!
Akram : Maaf ayah… saya tengok cerita lucah

Mendengarkan itu marahlah Mizan.

Mizan : Kamu nie… kecil-kecil dah nakal… kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Mizan ditampar oleh robotnya. Suasana hening untuk beberapa ketika...

Isteri Mizan iaitu Tipah kemudiannya masuk ke ruang tamu dan langsung berkata…

Tipah : Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak…

*PLANG* Robot menampar isteri Mizan sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya…
dan semua terdiam…

TEKA TEKI

Posted by Lieza Sakura | 5:41 AM

Apa beza daun betik ngan tangan perempuan?
Daun betik boleh melembutkan daging yang keras, tangan perempuan dapat mengeraskan daging yang lembut.

Haiwan apakah yang pertama sampai ke bulan?
Burung punai (Neil Armstrong punya)

Apa beza tayar kereta dengan kondom?
Tayar kereta kalau bocor boleh menghilangkan nyawa,
kondom plak kalau bocor boleh menambahkan nyawa.

Apa yang mahal pada BMW?
> Huruf W. Cuba tukarkan W ngan X. Jadi BMX. Kan murah tu...

Rumah apakah yang gunakan banyak air?
> Rumah terbakar

Hitam, panjang, dipeluk dan diapit dua paha.
> Orang sedang panjat tiang talipon.

Ubat apa yang tak ada kesan sampingan (side effect)?
> Viagra dan Krim membesarkan payudara. Kesan dia ke depan, bukan ke samping.

Waktu dia hidup orang menyanyi, bila dia mati orang bertepuk tangan. Apa dia?
> Lilin kek harijadi.

Bibir bertemu bibir. Tangan asyik meraba lubang. Mata terpejam menikmatinya.
> Orang sedang meniup seruling.

Apa nama sudirman masa kecil?
> Sudirboy.

ipod...

Posted by Lieza Sakura | 2:10 AM

Faiz sedang enak menjamu selera di KFC... tiba-tiba...dia rasa nak buang angin..nak kentut kat luar tak sempat. tiba-tiba Faiz dapat satu idea. Dalam restoran KFC tu, ada pasang lagu n bunyinya agak kuat.

Faiz pun melepaskan kentutnya mengikut irama lagu didalam KFC tu...bila dah habis kentut, dia perasan semua orang dalam KFC tu tengok dia...baru dia ingat...dia pakai ipod...bermakna......dia sorang je la yang dengar lagu tu n semua orang dalam KFC tu dengar dia kentut mengikut rentak lagu....

Faiz berasa malu lalu terus keluar dari KFC tanpa sempat membasuh tangannya...

outstation

Posted by Lieza Sakura | 3:04 AM

Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya.

Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti¡­

Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu, jadi mari kita habiskan masa bersama-sama¡­.

Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu, jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen¡­

Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama¡­

Atuk (Boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh¡­


Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah membatalkan outstation tu¡­

Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya. .

Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.

Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.

Atuk(Boss) menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi uruskan semuanya..

Berita baik, berita buruk

Posted by Lieza Sakura | 3:52 AM

Seorang lelaki menerima panggilan drp doktor beliau...
doktor: sy ad berita baik & berita buruk utk kamu
lelaki: Baik, beritau berita baik dulu...
doktor: berita baiknya adalah, kamu mempunyai hanya 24jam lg utk hidup
lelaki: alamak! kalau itu berita baik, apa berita buruknya?
doktor: berita buruknya adalah saya terlupa utk telefon awak semalam...

Sedut Sampai Kering

Posted by Lieza Sakura | 3:11 AM



Seorang gadis menjadi pelacur tetapi tidak mahu neneknya tahu.

Satu hari satu gerombolan pelacur ditangkap termasuklah gadis itu.
Polis meminta pelacur-pelacur itu membuat satu garisan lurus. Semua beratur.

Tiba-tiba muncul nenek tua kepada gadis itu jalan bongkok-bongkok dan setelah
melihat cucunya berbaris dia bertanya: "Kenapa kamu berbaris di sini?"

Cucu pula untuk menghalang neneknya tahu cerita sebenar telah berbohong dengan
mengatakan ada dermawan akan menderma buah orange dan sebab itulah beliau berbaris.
Nenek beredar pergi. Di pertengahan jalan dia teringatkan cucu-cucunya yang lain yang
mungkin mengharapkan beliau membawa pulang buah-buahan.
Lalu dia pun turut berbaris tanpa diketahui oleh cucunya.Dia berbaris di belakang.

Seorang anggota polis mengambil kenyataan-kenyataan dari gadis yang sedang berbaris itu.
Apabila dia sampai untuk giliran mendapatkan kenyataan orang terakhir, dia terkejut kerana
tercegat seorang nenek yang jalan pun bongkok-bongkok macam tiada kudrat.
Dia tercengang lalu tertanya: "Kamu tua, bagaimana kamu lakukannya?"

Si nenek (menyangka soalan itu ditanya tentang bagaimana dia boleh makan orange itu) menjawab:
"Oh senang je. Aku hanya cabut gigi palsu dan mula sedut sampai airnya kering."

siput babi..

Posted by Lieza Sakura | 9:01 PM

Seekor siput babi masuk kedalam sebuah bar. malangnya kerana polisi ketat bar tersebut yg tdk membenarkan mana2 siput utk masuk, pengurus bar tersebut lalu menendang siput babi itu keluar..

Setahun kemudian siput babi tersebut memasuki semula bar tersebut dan bertanya kpd pengurus bar tersebut, "hey, kenapa tendang sy keluar?!"

P/s:siput tu slow sangat..setahun baru sampai ke bar tu balik selepas kena tendang.

teka-teki:
kenapa siput babi gerak lambat sangat?

jawapan:
sebab sambil gerak..dia berfikir..dia ni siput @ babi....

curang 3 kali jer..

Posted by Lieza Sakura | 8:59 PM

Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumursedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahunperkahwinan mereka yg ke 50 tahun.

Suaminya, seorang Tan Sri danbekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suamiisteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Sisuami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.

"Maria,selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh,abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyikbermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya.Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgnabang selama ni?"

Maria agak terkedu sekejap dan merenungpanjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Yaabang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahajaselama ni"

"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak lamarah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkanisterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"

Perlahanjer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkanmasa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun,kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas olehbank"

"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isterimenyambung cerita, "Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Mariapergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumahkita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.."

"Emmmm..sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan mariakerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata sisuami, " Kali ke 2 pulak?"

"Abang ingat tak, abang hampirmenemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?" si isterimenyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab si suami. "Kalau macam tu,abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doktor pakar tu dan esoknya,dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa pun.."

"Ohmaria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkanmaria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan keranasayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si TanSri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang,ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abangperlukan 248 undi lagi...."

Tan Sri pengsan kat situ jugak...

Rahsia Bantal

Posted by Lieza Sakura | 10:16 PM

1) Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.


3) Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.


4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.


6) Tidak punya bantal

Kasihan betul... pergi kedai belilah satu

pemandu kapal terbang

Posted by Lieza Sakura | 9:40 AM

Ali baru sahaja diterima bekerja sebagai pemandu kapal terbang oleh sebuah syarikat penerbangan

Ketika melakukan penerbangan sulungnya, secara tidak disangka-sangka,pesawatnya mengalami kerosakan. Ali terus bertindak menghubungi menara kawalan .

Ali : May day, may day, may day...!!
Ali cuba menghantar pesanan S.O.S kecemasan ke menara kawalannya .
Menara Kawalan : Kami memdengarnya. Sila berikan laporan anda
Ali : Kapal terbang ini mengalami kerosakan
Menara Kawalan : Baiklah. Kami akan menghantar bantuan dengan segera. Sila beritahu ketinggian dan posisi anda dengan segera..!!
Ali : Ya,baik, tinggi saya 170 CM,dan saya duduk di kerusi yang paling depan sekali!

sakit jiwa

Posted by Lieza Sakura | 2:19 PM

Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelakiitu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.

Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.
Doktor : "??$$??"

surat

Posted by Lieza Sakura | 4:50 PM

Seorang mahasiswa semester akhir menulis surat kepada ayahnya:

Ayah,
Saya merasa t ida k selesa kerana terus menerus menulis surat kepada ayah untuk
meminta wang. Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin meminta wang sebanyak
Rm1000 dari ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak. Saya meminta
dengan tulus dari hati saya yang paling dalam, ayah maafkan saya.

Salam dari anakanda,
Sarip.

p/s Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya cuba untuk
mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti surat . Saya ingin
mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan
hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah
terlambat.


Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang mengandungi
ayat yang ringkas,

Untuk Sarip,
'Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu t ida k pernah ayah terima'

Dari Ayahmu.

ARNAB

Posted by Lieza Sakura | 12:35 PM

"Suatu hari, seorang lelaki baru saja pulang kerumahnya setelah bekerja seharian.. dia melihat kucingnya sedang menggigit arnab peliharaan jirannya.. nampaknya arnab itu telah mati dan lelaki itu menjadi panik... Lelaki itu bimbang yang jiran nya akan membencinya akibat dari kejadian itu. Akhirnya dia mendapat idea.. dia mengambil arnab itu.. membawanya ke bilik mandi.. memandikannya, mengeringkan bulunya dan meletakkan semula ke kandang di halaman jirannya.. Dia berharap agar jirannya itu berkata yang arnab itu mati secara tiba-tiba bukan disebabkan kucingnya..

Dua hari kemudian.. jirannya keluar dari rumah dan bertanya pada lelaki itu..

"Engkau tahu tak yang arnab aku sudah mati?"

Lelaki itu dengan gemetar menjawab..

"Err.. tidak.. errm.. apa yang terjadi?"

Jiran itu menjawab..

"Arnab itu sudah mati di kandangnya... yang mengerikan adalah sehari sesudah aku menanamnya di belakang rumah.. ada seseorang menggalinya.. memandikannya dan meletakkannya semula di kandang ini... Aku pasti orang itu adalah orang gila dan mungkin berada dikawasan ini" "

SIRANGKATA

Posted by Lieza Sakura | 9:47 AM

"Amar dan Omar.. dua sahabat sedang bertengkar mengenai perkataan yang betul..

"Yang betul adalah SILANGKATA!" kata Amar

"Bukan.. SIRANGKATA!" Bantah Omar

"SILANGKATA!" Amar bertegas

"Gila kau! SIRANGKATA yang betul, bodoh!" marah Omar

"OK, kalau begitu, daripada kita bertengkar mari kita minta pendapat dari orang akan melalui jalan ini" cadang Amar...

Omar setuju. Seketika kemudian seorang lelaki tua melintas jalan itu.. mereka terus bertanya..

"Pak.. kami tumpang tanya.. mana yang betul..

SILANGKATA atau SIRANGKATA?"tanya Amar.

"Yang betul SIRANGKATA" jawab orang tua itu.

Omar pun senyum kemenangan..

"Terimakasih bebanyak ya pak" kata Omar pada orang tua itu..

"TERIMA KASIH KEMBARI..." jawab orang tua itu pelat... "

nangka

Posted by Lieza Sakura | 9:30 AM

Seorang petani sangat kesal dengan sikap budak-budak nakal yang selalu mencuri nangka di kebunnya. Akhirnya ia mendapat idea... Di tengah-tengah kebunnya diletakkan papan tanda yang besar bertulis..

'AWAS.. SATU DARI NANGKA-NANGKA INI TELAH DISUNTIK DENGAN RACUN'

Keesokan harinya.. petani itu tersenyum kerana mendapati nangka-nangkanya itu tidak dicuri lagi..

Seminggu selepas itu.. Petani ini pergi kekebunnya untuk memetik nangka-nangkanya untuk dijualkan.. Memang jelas kelihatan tiada nangkanya yang hilang... tetapi dia sangat terkejut kerana disebelah papan tandanya terdapat satu lagi papan tanda yang baru bertulis..

'KINI ADA DUA NANGKA YANG DISUNTIK RACUN... ... ...

janda 18 tahun

Posted by Lieza Sakura | 9:09 AM

Ada sorang duda anak 2 yang tinggal di sebuah kampung.. Duda ni nama dia Amat. Amat ni dah 3 tahun menduda hi.. setelah kematian isterinya.

Pada satu hari , Amat yang dah lama kesepian terfikir kenapakah dia tidak mencari pengganti arwah isterinya, ada jugak yang akan menjaga dirinya nanti, fikirnya lagi. Amat pun cuba la merisik-risik dengan kekawannya, manala tau kekawannya ada calon yg sesuai.

Usin, kawan karibnya yang mendengar berita itu segera datang berjumpa dengan Amat kerana dia ada calon yg sesuai untuk Amat. Amat sungguh gembira bila mengetahui calon yang Usin nak rekomenkan adalah janda 18 thn. Beria-ia benar Usin supaya Amat menerima pilihannya.

"Nak ke dia kat aku yg dah tua ni , Sin ??" tanya Amat.

"Kau tu pun bukannya tua sangat Mat, baru 36 thn, rupa pun hensem lagi apa!" kata Usin membodek Amat. "Tapi... .kalau aku boleh jalankan, boleh tak kau bagi aku pinjamkan RM500 ?? Aku nak pakai duit la.." kata Usin lagi.

"Jangankan RM500, RM1000 pun aku boleh bagi kalau betul kau boleh jalankan.. tak payah pinjam" kata Amat tanpa berfikir panjang. Usin pun segera berlalu dengan gembira bila memikirkan janji Amat.

"Kau tak payah susah2, semua aku uruskan, kau tau siap" janji Usin kepada Amat.

Dipendekkan cerita tiba la hari yang ditunggu2 oleh Amat, hari dimana dia akan disatukan dengan isterinya yang baru, Leha nama bakal isteri Amat. Hari tu Amat sungguh segak dengan pakaian untuk upacara akad nikah dengan Usin disebelah sebagai pengapit yang memanjang tersenyum setelah koceknya berisi wang RM500 pemberian Amat.

Siap sahaja majlis akad nikah , tiba la masa yang dinanti2 oleh Amat, iaitu untuk bertemu dengan isterinya. Amat pun dijemput untuk masuk ke dalam bilik pengantin untuk upacara membatalkan air sembahyang.

Tapi alangkah terkejutnya Amat bila didapati seorang perempuan tua yang layak digelar nenek sedang menantinya dengan senyuman yang sungguh menggoda. Amat mulanya merasakan itu hanyala satu gurauan dari pihak pengantin perempuan namun bila mak andam beria-ia menyuruh nenek itu mencium tangan Amat, baru la Amat sedar itula isterinya yang selama ini dibayangkan seorang janda muda 18thn.

"Usinnnnnnnnnn! !!!!!" jerit Amat sambil berlari keluar mencari Usin. Usin yang ketika itu sedang menjamu selera terkejut beruk mendengar jeritan Amat. " Kau tipu aku Sinnnn!!!" jerit Amat sambil mencekik leher Usin.

"Tipu apa plak " tanya Usin bingung.

"Kau kata 18thn!!!!" balas Amat.

"La... bukan umur dia yang aku maksudkan 18thn... tapi dia dah menjanda 18thn!!!"

"Mintak balik duit akuuuuuuuuuuu! !!!!!!!"

3 seringgit

Posted by Lieza Sakura | 8:38 AM

Seorang murid di tanya oleh guru matematiknya.

"Jika sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapakah harga untuk tiga biji karipap?". Tanya gurunya.

"RM 1 cikgu!". jawab murid itu spontan.

"salah tu". tegur si guru penuh kasih sayang.

"mungkin amer tak paham soalan, biar cikgu ulang semula, dengar betul-betul. Sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapa harga tiga biji karipap?". Amer tetap memberi jawapan RM1

"Salah tu Amer,cuba kira betul-betul". Respon si guru dengan sabar

"Tapi cikgu, tiap-tiap pagi bila saya pergi membeli karipap di warung berhampiran rumah saya, makcik jual kuih tu selalu kata;

"kueh karipap sebiji empat puluh sen, tiga biji seringgit!"

KENA TAK??...

Posted by Lieza Sakura | 10:09 PM

Alkisah pada suatu hari seorang ibu bersama anaknya pergi bershopping. Setelah selesai bershopping maka mereka berdua pun hendak balik. Di dapati seorang mamat telah parking motosikal di belakang kereta si ibu .

Semasa hendak mengundur kereta si ibu telah meminta bantuan anaknya bernama Ani yang duduk dibelakang supaya memerhati motorsikal mamat tuh agar perkara tak diingini berlaku

Ani pun berkata "baik ibu"

Semasa mengundur Si ibu pun bertanya " kena tak"

si anak pun berteriak " tak kena"

si ibu teruskan pengunduran dan bertanya lagi " kena tak?"

si anak berteriak lagi...." tak kena..".

"kena tak?"....tanya ibu lagi sambil tekan minyak

si anak menjawap " tak kena"

"Tak sia- sia aku bawak anak aku ni gi shopping boleh jugak diharap..." kata si ibu dalam hati...

"kena tak???" tanya si ibu lagi...

anak pun menjawap " belom lagi mak"..

GEDEBANGGG!!!!....

"mak dah kena dahhh.... dah kena...."kata anak dengan gumbiranya

motosikal mamat tuh kat belakang kereta dah tergolek...

"Aduuuhhh bertuah punya anak...." jerit si ibu....

TAK SENGAJA....

Posted by Lieza Sakura | 10:06 PM

Pada satu hari... seorang lelaki bernama Atan bercadang nak prgi beli rokok... oleh kerana transport die cume motor sahaja... die pown pergilah naik motor... tapi mamat ni ada satu hobi..dia suka benar bawak motor laju2 walaupun jrak kedai itu 100 meter dr umah die..maka si Atan pun memulakan pejalanan tuk ke kedai... . Sebelum keluar rumah, mak die pesan,"Atan, bawak motor baik2 mak rasa tidak sedap hati ajelah". Atan pown menjawab, "ala mak nie, Atan kan Superman, takkan ada apa2 punyo laa... lg pun Atan nak g kdai je pun, bkn jauh sgt pon." Mak die pun menjawab, "suke ati kau la Atan."

Kunci moto pun dpulas dgn gaya Superman nya. Atan brgerak dari umah tiba2, sampai d satu selekoh, seekor beruk yang entah dr mana muncul menyergah Atan. Apa lg terperanjat beruk la si AtAn tu... maka dia hilang kawalan ke atas moto nya lalu menyebabkan dia terlanggar tiang lampu berdekatan maka Atan pun jatuh terpelanting... lalu tidak sedarkan diri...

Secara kebetulan seorang pakcik lalu d jlan tersebut... pakcik itu sungguh terkejut kerana melihat seekor beruk sedang cuba mencurik helmet si Atan lalu pakcik itu menghalau beruk tersebut... tetapi helmet itu tidak dapat diselamatkan kerana telah di bawa lari oleh beruk itu... .

Tanpa melengahkan masa pakcik itu pun pergi kepada Atan dan memeriksa jantung dan nadi si Atan... "uih..idup lg bdak nie... "tapi alangkah terkejutnya pakcik itu apabila mendapati kepala Atan sudah terpusing 180 darjah,makna nya dah terbalik laa... .tanpa bertanya dan berpikir apa2 pakcik itu terus membetul kan semula kepala Atan dengan menyentap balik ke 180 darjah...

Tiba2 pakcik itu mendapati Atan tidak bernafas lagi... Rupe-rupanya... korang nak tau tak Si Atan nie pakai jaket kulitnya terbalik... So memang lah kepala dia macam pusing ke belakang... Maka dengan secara tidak sengaja nya Atan mati di tangan pakcik itu...