KALAU TIPU KENA LEMPANG!!!

Posted by Lieza Sakura | 10:50 PM

Mizan merupakan seorang saintis yang sangat terkenal kerana berjaya mencipta sebuah robot yang mampu mengesan sebarang bentuk "pembohongan". Oleh kerana kejayaannya itu, di telah dianugerahkan dengan gelaran Professor Mizan. Robot ciptaannya itu sangat "terer" dalam mengesan pembohongan dan robot tersebut turut memiliki kelengkapan khas di mana apabila ia mengesan pembohongan dilakukan, secara automatik ia akan menampar si pembohong itu.

Kemudian, Leman dengan bangganya membawa pulang robot tersebut ke rumah dan meletakkannya di ruang tamu sambil menunggu anaknya Akram pulang.

Mizan : Kamu dari mana?
Akram : Dari kelas tambahan ayah

*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

Mizan : Nak,ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
Akram : Maaf ayah… saya baru habis menonton movie di rumah kawan…
Mizan : Cerita apa?
Akram : Cerita Papadom ayah

*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya sekali lagi.

Mizan : Katakan dengan jujur cerita apa?!
Akram : Maaf ayah… saya tengok cerita lucah

Mendengarkan itu marahlah Mizan.

Mizan : Kamu nie… kecil-kecil dah nakal… kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Mizan ditampar oleh robotnya. Suasana hening untuk beberapa ketika...

Isteri Mizan iaitu Tipah kemudiannya masuk ke ruang tamu dan langsung berkata…

Tipah : Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak…

*PLANG* Robot menampar isteri Mizan sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya…
dan semua terdiam…