Alkisah pada suatu hari seorang ibu bersama anaknya pergi bershopping. Setelah selesai bershopping maka mereka berdua pun hendak balik. Di dapati seorang mamat telah parking motosikal di belakang kereta si ibu .
Semasa hendak mengundur kereta si ibu telah meminta bantuan anaknya bernama Ani yang duduk dibelakang supaya memerhati motorsikal mamat tuh agar perkara tak diingini berlaku
Ani pun berkata "baik ibu"
Semasa mengundur Si ibu pun bertanya " kena tak"
si anak pun berteriak " tak kena"
si ibu teruskan pengunduran dan bertanya lagi " kena tak?"
si anak berteriak lagi...." tak kena..".
"kena tak?"....tanya ibu lagi sambil tekan minyak
si anak menjawap " tak kena"
"Tak sia- sia aku bawak anak aku ni gi shopping boleh jugak diharap..." kata si ibu dalam hati...
"kena tak???" tanya si ibu lagi...
anak pun menjawap " belom lagi mak"..
GEDEBANGGG!!!!....
"mak dah kena dahhh.... dah kena...."kata anak dengan gumbiranya
motosikal mamat tuh kat belakang kereta dah tergolek...
"Aduuuhhh bertuah punya anak...." jerit si ibu....
Majlis Perkenalkan Ratu
14 years ago
Post a Comment